Toronto adalah bandaraya yang besar…… harga rumah mahal
dan sewanya juga mahal…. Sebaik tiba
kami di Toronto , amirah and family menumpang selama 2 minggu di rumah kak farah & the
geng ( thanks kak farah... ) kak Farah ni adalah pelajar Universiti
Toronto… waktu kami sampai kak farah sedang bercuti dan pulang ke Malaysia….
Selama 2 minggu
ini umi & abi berusaha mencari rumah sewa untuk penempatan kami selama 2
tahun ni dengan dibantu oleh abang-abang dari Universiti Of Toronto.... agak
sukar untuk cari ruma sewa mengikut budget yang kami ada dan boleh memuatkan
kami sekelurga seramai 5 orang....
Banyak syarat
dan polisi rumah-rumah sewa di sekitar
downtown Toronto ni.... Rumah dua bilik tapi tak boleh lebih daripada 3
orang..... Aduh... sedangkan kami 5 orang..... nak sewa yang tiga bilik tak
mampu la pulak.... rumah Yang murah, jauh daripada tempat kerja umi pulak..... Susah jugak umi nak ulang alik tempat kerja........
perlukan kos travel dan komitmen masa la pulak.....
Akhirnya.... umi
dapat rumah di Alan Brown.... berhampiran dengan hospital sick kid....
( 1 bedroom apartment ) dan tidak ada syarat limit
penghuni…… Alhamdulillah….. Sewanya pula 1 bulan 1700 CAD = ( RM5000 ). Rumah ini agak sempit kerana hanya ada 1
bilik sedangkan kami 5 orang…. Walaubagaimanapun, Abi cakap bersabarlah....
kita belajar bersusah untuk sementara..... lagipun inilah yang mampu dengan
biasiswa yang umi dapat.....
Walaupun rumah
ini kecil, amirah seronok tinggal di sini kerana ramai kawan-kawan dan dekat
dengan sekolah...... Kat sini penghuni semua yang bekerja di Hospital Sick Kid
yang datang dari pelbagai negara..... Amirah ada ramai kawan di sini.... ada
yang dari Turki, palestin, jepun, China,
Ireland dll........Kat sini ada playground di tingkat 6.... amirah selalu
bermain dengan kawan-kawan di sini...
my home in Toronto
Play Ground in Alan Brown Building
No comments:
Post a Comment